HomeNewsResourcesAbout MCPFContact UsEvents
News
Resources
About MCPF
Contact Us
     
  National Crime Prevention Month Campaign 2008

ANUGERAH MCPF - BALAI POLIS CEMERLANG 2009
‘ Masyarakat Bersama Polis ’

 

Anugerah MCPF - Balai Polis Cemerlang 2009 dengan tema ‘Masyarakat Bersama Polis’ adalah kesinambungan daripada Program Lawatan Balai Polis Tahun 2006 dan 2007 yang akan mengekalkan konsep dan strategi perlaksanaan yang sama dengan sedikit penambahbaikan dari segi program dan juga soalan penilaian. Program ini akan dilaksanakan setiap 2 tahun sekali sebagai salah satu aktiviti utama MCPF dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara pihak polis dengan masyarakat setempat supaya bekerjasama mencegah jenayah di kawasan kejiranan di samping dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan polis kepada orang awam.

Sebanyak dua kategori balai polis telah dipilih iaitu 68 buah Balai Polis kategori A bagi balai polis yang terletak di kawasan bandar dan 65 buah Balai Polis Kategori B bagi balai polis yang terletak di kawasan luar bandar.

Senarai balai polis tersebut telah dikenalpasti oleh pihak Bahagian Hal Ehwal Awam, Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman untuk dilawati oleh Pasukan Pelawat yang akan diketuai oleh Pegawai Perpaduan Daerah akan menggunakan soalan penilaian bagi menilai balai polis dari pelbagai aspek seperti soalan berorientasikan masyarakat, keadaan fizikal balai polis, hak saksama, ketelusan dan akauntabiliti, syarat-syarat tahanan, aktiviti kemasyarakatan dan juga perspektif masyarakat setempat terhadap prestasi polis di dalam mengatasi isu ‘response time’ kepada panggilan kecemasan, masalah sosial seperti gejala mat rempit, gangsterisme, penyalahgunaan dadah, kesesakan lalulintas serta jenayah pecah rumah dan ragut.

Selain sesi lawatan ke balai polis, sesi dialog antara Ketua Balai Polis dengan masyarakat setempat termasuk Pasukan Pelawat juga akan diperkenalkan sebagai salah satu aktiviti utama di dalam program kali ini. Aktiviti seperti ini merupakan salah satu cara terbaik bagi kedua-dua belah pihak untuk mengetahui masalah jenayah yang sering berlaku serta mencari jalan penyelesaian secara bersama.

Kesimpulannya, program seperti ini mampu mengeratkan hubungan di antara pihak polis dengan masyarakat setempat dalam usaha memupuk kesedaran tentang pencegahan jenayah sebagai tanggungjawab bersama. Sekaligus dapat mempertingkatkan lagi kualiti perkhidmatan polis kepada orang awam.
 
 
Click here to download the activities calender