HomeNewsResourcesAbout MCPFContact UsEvents
News
Resources
About MCPF
Contact Us
     
  Polis nasihat penduduk isi borang balik kampung - 19/01/2009

Polis nasihat penduduk isi borang balik kampung - 19/01/2009

News Details
Headline: Polis nasihat penduduk isi borang balik kampung
News Summary:  
Source: Berita Harian
Contact:  
E-mail:  
Website: Berita Harian
Full Report:

KUALA LUMPUR: Penduduk di Selangor dinasihatkan supaya mengisi borang pemberitahuan sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing ketika cuti perayaan Tahun Baru Cina.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dengan mengisi borang itu, ia memudahkan polis menjalankan tugas pemantauan dan pencegahan jenayah di kawasan perumahan ditinggal kosong.

“Polis dapat menjalankan pengawasan di sekitar kediaman terbabit melalui sistem rondaan kawasan yang lebih fokus dan tertumpu, manakala orang awam dapat meninggalkan rumah mereka dengan lebih selesa tanpa terlalu memikirkan soal keselamatan harta benda mereka.

“Anggota polis sentiasa bersiap sedia 24 jam dan bertindak ke atas segala maklumat orang ramai yang meninggalkan ibu negara,” katanya pada pelancaran Kempen Pencegahan Jenayah Sempena Balik Kampung Cuti Perayaan Tahun Baru Cina di sini.

Turut hadir Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata kadar jenayah pecah rumah pada siang dan malam hari serta kecurian khususnya pada musim perayaan dapat dibendung dengan berkesan jika orang ramai bekerjasama dengan polis memaklumkan ketiadaan mereka.

“Ketika musim perayaan sepanjang tahun lepas, penduduk di Sri Kembangan, (Subang Jaya) menyahut saranan polis dengan mengisi borang balik kampung dan ternyata langkah itu berjaya menyelamatkan kediaman mereka dari dipecah masuk,” katanya.

Khalid berkata selain bantuan dari polis, masyarakat juga perlu mengamalkan sikap ’jaga tepi kain orang’ bagi mengurangkan kadar jenayah di kediaman masing-masing. – Bernama